Friday 7 October 2016

Omega Guard Untuk Ibu Hamil



Apa itu Omega Guard Shaklee? Omega Guard atau Omega-3 adalah minyak ikan yang kaya dengan sumber asid lemak omega 3. Ia mengandungi EPA, DHA, ALA dan banyak lagi asid lain yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan. Jadi pengambilan omega dalam diet harian ibu mengandung sangat perlu. Satu sajian Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3, EPA dan HDA.

Sangat banyak khasiat Omega Shaklee ni untuk ibu hamil. Semua ibu bapa mengimpikan anak yang dilahirkan bijak IQ nya. Menurut kajian oleh Helland el. al (2008) membandingkan wanita mengandung A yang mengambil 1183mg DHA (serta 803mg EPA) setiap hari (bermula pada minggu ke-17 hingga 19 usia kandungan) dengan wanita mengandung B yang cuma mengambil 10ml minyak jagung menunjukkan wanita A melahirkan anak yang mempunyai tahap !Q iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi sehingga kanak-kanak itu berumur tujuh tahun berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita B yang mengambil minyak jagung. Anak wanita A juga mempunyai kualiti tifur dan imuniti yang lebih baik. Namun rangsangan awal kepada anak juga mempengaruhi tahap IQ si anak. Untuk makluman ibu-ibu, Omega Guard Shaklee boleh di ambil ibu mengandung sebaik kandungan memasuki trimester-2. Sebotol Omega Guard ini bertahan untuk 3 bulan. Sangat berbaloi! 


Mengikut kajian, omega-3 sangat penting untuk perkembangan saraf dan pembesaran bayi. Omega-3 bukan sahaja untuk diamalkan sewaktu hamil, malah ianya juga boleh diamalkan oleh breasfeed mommies! Penambahan EPA dan DHA ke dalam diet pemakanan yang mengandungi Omega-3 dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan janin anda. Kajian juga ada menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan pemakanan Omega-3 dapat mengurangkan risiko alahan kepada bayi anda. 

Asid lemak Omega-3 memberikan banyak kebaikan kepada kehamilan. Ianya dapat mengelakkan pre-term labor and delivery, mengurangkan risiko pre-eklampsia, dan dapat membantu meningkatkan berat badan (secara ideal). 

Ibu hamil yang mendapat kurang khasiat Omega-3 berisiko untuk mengidap kemurungan selepas bersalin. Hal ini boleh menyebabkan kecelaruan emosi si ibu menjadi lebih teruk selepas bersalin. 
Omega-3 mengandungi DHA yang penting dalam pembentukan otak bayi, mata dan jantung.  DHA ni sangat penting untuk janin yang masih dalam kandungan dan bayi yang telah dilahirkan sehingga berumur 18bulan tapi badan bayi tak dapat nak hasilkan sendiri DHA. 

DHA ni bayi akan dapat dari ibu iaitu dari plasenta (semasa masih dalam rahim) dan melalui susu ibu (selepas lahir). Jadi ibu-ibu perlulah tingkatkan pengambilan diet makanan yang tinggi kandungan DHA ni.



Dapatkan produk Shaklee dari saya dengan harga yang menarik
COD area Dungun 
Farida 019.9425608


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to diari vitamin saya
Designed by UMIESUEstudio 2015