Kolesterol adalah lemak tepu lembut yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sebahagian hormon yang berfungsi dalam tubuh manusia. Namun, jika kandungan kolesterol dalam darah tinggi, seseorang itu akan berisiko besar menghidap penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga serangan angin ahmar/strok.
Kolesterol terhasil dari dua sumber - organ dalaman dan makanan. Organ seperti hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh menghasilkan 3/4 kolesterol dalamdarah. Manakala, 1/4 lagi datangnya jenis makanan yang anda makan.
Kat dalam badan kita ni, ade 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol. Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein). Apabila Kolesterol LDL yang juga di kenali sebagai "kolesterol jahat" terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyebabkan arteri tersumbat, yang pasti akan meningkatkan risiko untuk serangan jantung dan strok. Ia dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, dan ia bergantung kepada faktor keturunan samada seseorang itu mewarisi gen yang menghasilkan jumlah yang banyak atau sedikit kolesterol LDL ini. Pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi juga akan meningkatkan jumlah kolesterol LDL ini. HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.
Antara fungsi kolestrol:
*Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
*Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
*Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
*Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
*Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
*Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
*Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
*Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.
Kajian terkini membuktikan empat produk berasaskan sumber semula berkesan membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.
Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.
Apakah tahap normal Kolestrol?
Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.
Omega Guard Shaklee yang mengandungi minyak ikan Omega 3, terbukti berkesan untuk mengawal tahap kolesterol dalam darah. Antara kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah:-
*Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk [sardin, mackerel, herring dan anchovies].
*Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
*Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
*Ia sangat berbeza daripada produk omega 3 yang lain kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan Omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
*Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
*1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
Dapatkan produk Shaklee dari saya dengan harga yang menarik
COD area Dungun
Farida
019.9425608
No comments:
Post a Comment