Monday 19 May 2014

Banyaknya kelebihan Sustained Released Vita C 500mg



Vitamin C atau asid askorbik amat bermanfaat untuk kesihatan. Semua orang tahu vitamin C ni amat bagus untuk kulit. Apa lagi yer kelebihan vitamin C ni? Sebelum tu kita kena tau apa itu Sustained Released ni? Maksudnya setiap jam, 100mg vitamin C akan released ke dalam badan kita. So badan kita akan kekal ada vitamin C, no need to worry ye kwn2. Lagi bagus amik sebiji pagi dan sebiji malam.Insyaallah anda akan bebas dari fludan demam.
* Vitamin C membantu pembentukan kolagen. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bermaksud lekat atau bersifat pelekat. Sebab itulah pengamal akan mendapati kulitnya akan lebih licin, tegang, cantik dan juga luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
* Vitamin C juga menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
* Vitamin C berupaya mencantumkan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
* Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon antistress dan interferon (hormon fungsi imun). KIta sedia maklum stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh itu kekurangan vitamin C ini akan menyebabkan sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Mengikut Dr Bruce Miller, " the more you stress the more you need vitamin C "
Penyakit skurvi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam, gusi berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Bagi mereka yang sedang sakit, disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.



Dapatkan produk Shaklee dari saya dengan harga yang menarik
COD area Dungun 
Farida 019.9425608




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to diari vitamin saya
Designed by UMIESUEstudio 2015