Vitamin C atau asid askorbik
amat bermanfaat untuk kesihatan. Semua orang tahu vitamin C ni amat bagus untuk
kulit. Apa lagi yer kelebihan vitamin C ni? Sebelum tu kita kena tau apa itu Sustained Released ni? Maksudnya setiap jam, 100mg vitamin C akan released ke dalam badan kita. So badan kita akan kekal ada vitamin C, no need to worry ye kwn2. Lagi bagus amik sebiji pagi dan sebiji malam.Insyaallah anda akan bebas dari fludan demam.
* Vitamin C membantu pembentukan
kolagen. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi,
sendi otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang
bermaksud lekat atau bersifat pelekat. Sebab itulah pengamal akan
mendapati kulitnya akan lebih licin, tegang, cantik dan juga luka cepat sembuh
kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
* Vitamin C juga menjaga salur
darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses
metabolisma kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses
pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan
mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
* Vitamin C berupaya mencantumkan
logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan
ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan
lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik
kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada
mengalami kerosakan yang teruk.
* Vitamin C juga berperanan dalam
pengeluaran hormon antistress dan interferon (hormon fungsi imun). KIta sedia
maklum stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh itu kekurangan vitamin C ini
akan menyebabkan sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
Mengikut Dr Bruce Miller, " the more you stress the
more you need vitamin C "
Penyakit skurvi adalah
disebabkan kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan,
lebam, gusi berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan
dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali
vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu
dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Bagi mereka yang sedang sakit,
disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan
proses penyembuhan.
Dapatkan produk Shaklee dari saya dengan harga yang menarik
COD area Dungun
Farida 019.9425608