Tuesday 7 October 2014

Cabaran blogging day 6 : Menjemput rezeki dengan Al-Fatihah

Salam semua..

Hari ni saya ambil masa 15 minit habiskan buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Sebanarnya dah lama saya beli tapi saya tak habiskan. Ntah kenapa, hari ini terpanggil untuk membaca. Mungkin juga rezeki kawan2 yang membaca tulisan saya di blog saya ni jugak untuk sama2 mengutip sedikit ilmu. 



Memetik dari MMR :

Teknik menjemput rezeki ada banyak. salah satunya adalah dengan melazimkan mambaca Al-Fatihah. Pilihlah mengikut kemampuan yang kita ada. Lain orang lain kesibukannya. Jadi, disertakan di sini bebrapa kaedah agar kita boleh memilih dan beramal dengan mana2 kaedah yang berkenan di hati.


Kaedah #1

Masa membacanya di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Subuh. Baca Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara dua solat tersebut. Bismillahirrahmanirrahim adalah ayat pertama bagi surah Al-Fatihah.


Kaedah #2

Masa membacanya selepas selesai setiap solat 5 waktu. Baca sebanyak 7 kali.


Kaedah #3

Masa membacanya di tengah malam (semasa bangun untuk solat tahajjud). bacalah sebanyak 41 kali.


Kaedah #4

Pilihlah mana2 waktu yang sesuai. Kemudian baca surah Al-Fatihah sebanyak 313 kali. Bacalah selama 3, 5 atau 7 hari. Membaca Al-Quran sebaiknya mengadap kiblat dan ada wudu'.


Semoga apa yang kita baca hari ni bermanfaat. Selepas solat jap lagi, bolehla amalkan..







Dapatkan produk Shaklee dari saya dengan harga yang menarik
COD area Dungun 
Farida 019.9425608


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to diari vitamin saya
Designed by UMIESUEstudio 2015